fbpx

Masih ada peruntukan untuk kontraktor kelas F 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan dan ahli jawatankuasa PERKOBF bergambar bersama selepas mesyuarat di Shah Alam baru-baru ini

SHAH ALAM – Projek pembangunan di negeri ini masih terbuka kepada kontraktor termasuk kelas F yang layak memohonnya melalui tawaran tender terbuka.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Selangor, Mohd.Najwan Halimi berkata, pihaknya memahami situasi kumpulan kontraktor kumpulan ini yang mula bangkit selepas tempoh pandemik lalu.

“Setiap kali selepas belanjawan kerajaan negeri, sudah pasti ada peruntukan projek-projek untuk kesemua usahawan pembinaan khususnya kontraktor di negeri ini.

“Bagi memberi keadilan dan ketelusan (pembahagian projek), jika ia melibatkan projek Pejabat Daerah, cabutan undi akan dilakukan (bagi memilih pemenang tender projek),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia Cawangan Selangor di Kelab Shah Alam baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI