fbpx

Malaysia dan ASEAN: Pemimpin, bukan pemerhati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia menekankan bahawa ASEAN tidak boleh sekadar bertindak balas terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi, sebaliknya mesti menjadi peneraju dalam membentuk dasar dan kerjasama serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia bukan sekadar pemerhati dalam perubahan global, tetapi peserta aktif yang komited untuk membina masa depan lebih mampan dan inklusif.

“ASEAN tidak boleh sekadar bertindak balas terhadap perubahan global. Kita mesti menjadi peneraju.

“Kejayaan kita bergantung pada sejauh mana kita mengintegrasikan teknologi baharu, membangunkan rangka kerja ekonomi yang kukuh dan memastikan masa depan yang lebih adil serta mampan untuk semua,” katanya pada Persidangan China Asia Tenggara 2025 di sini, hari ini.

Menurut Anwar, kejayaan ASEAN bergantung pada kemampuan rantau itu untuk mengintegrasikan teknologi baharu, membangunkan rangka kerja ekonomi yang kukuh dan memastikan masa depan lebih adil serta mampan untuk semua.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan bahawa Malaysia komited dengan pendiriannya untuk kekal berkecuali dalam persaingan kuasa besar, menolak sebarang bentuk paksaan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menggugat kestabilan serantau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI