fbpx

Luahan Pembaca: Batu Ferringhi jadi ‘port’ cuti warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
warga asing menjadikan stesen bas di Batu Ferringhi sebagai port mereka melepak.

SAUDARA PENGARANG,

Dahulu, sebut sahaja Batu Ferringhi ramai yang terpesona keindahan pantai selain lokasi itu menjadi tarikan penjaja barangan cenderamata dan beg tangan berjenama di kaki lima laluan utama di situ.

Suasana hiruk-pikuk di sepanjang jalan menuju ke arah Teluk Bahang dan George Town hingga ke tengah malam meriah dengan kehadiran pengunjung tempatan dan luar negara khusus pelancong Timur Tengah dan Eropah.

Namun, hari ini semuanya telah berubah. Kunjungan saya ke destinasi percutian tersebut pada cuti Tahun Baharu Cina lalu mendapati lokasi itu dilihat sudah bertukar menjadi port cuti warga asing terdiri Bangladesh dan Rohingya.ber

Mereka ada di mana-mana. Hampir sepanjang jalan berdekatan stesen minyak dan stesen bas di situ dikatakan menjadi tempat lepak dan berhimpun warga negara terbabit.

Melihat keadaan yang berlaku, saya sebagai warga tempatan merasakan seolah-olah berada di mini Dhaka sedangkan lokasi gah itu sebelum ini menjadi tumpuan para pelancong luar negara.

Harap pihak kerajaan negeri berusaha kembalikan semula aura kegemilangan di sepanjang jalan utama di Batu Ferringhi terutama di kawasan perniagaan di malam hari.

Madam Liz.
Orang Penang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI