fbpx

Lelaki didakwa bunuh pemilik kedai pendingin hawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar selepas didakwa di Mahkamah Majistret di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari atas tuduhan membunuh seorang pemilik kedai pendingin hawa pada bulan lalu.

Tertuduh Lau Pui Hung, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada pukul 3 petang hingga 4 petang, 13 Januari lalu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Yee Yong Hock, 38, di sebuah premis di Blok A, Pangsapuri Taman Aman, Bukit Sekilau di Kuantan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara untuk tempoh tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Luqman Hakim Mohamad Usari manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Bob S. Arumugam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 24 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI