NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup seutas rantai berlian bernilai 60 juta rupee (RM3 juta) yang disembunyikan dalam bagasinya di sebuah lapangan terbang di India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Suspek diberkas selepas tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi dengan menaiki penerbangan Air India AI 356.
“Rantai berlian itu dikesan dalam bagasi selepas anggota-anggota kastam melakukan pemeriksaan.
“Ia adalah berlian tulen dan bernilai kira-kira 60.8 juta rupee (RM3.11 juta).
Siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI