BEIJING – Seorang lelaki China mendaki berbilang gunung dengan menggunakan tangan dan mahu menawan 50 puncak menjelang musim bunga tahun ini, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Sun Guoshan, 38, memulakan latihan berjalan secara ‘handstand’ pada Mei 2023. Dia memulakan cabaran mendaki gunung menggunakan tangannya pada Mei tahun lalu.
Pada November 2024, Guoshan mula dikenali ramai apabila rakaman video menunjukkan dia mendaki puncak tertinggi Gunung Wudang, Haibat menggunakan tangannya menjadi tular.
“Saya mahu menggunakan kaedah mendaki khas ini untuk menawan 50 puncak gunung paling popular di China menjelang musim bunga 2025,” katanya.
Pada Disember 2024, Guoshan mengambil masa lima jam untuk mendaki 999 anak tangga Gunung Tianmen di Zhangjiajie, wilayah Hunan menggunakan tangannya.
Dia akan memohon pengiktirafan rekod dunia daripada Guinness World Records selepas berjaya menyelesaikan misi tersebut. – AGENSI