fbpx

Lelaki bawa wang lebih RM2 juta ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang kertas berjumlah £400,000 (RM2.2 juta) yang dirampas di Lapangan Terbang Antrabangsa Heathrow, England. - NCA

LONDON – Seorang lelaki ditahan kerana cuba menyeludup wang berjumlah £400,000 (RM2.2 juta) yang disembunyikan dalam bagasinya di sebuah lapangan terbang di England, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Broomand Nasab, 41, ditangkap ketika cuba menaiki penerbangan ke Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada Rabu lalu. 

Polis turut menemui wang kira-kira €11,000 (RM51,147) di dalam beg galas Nasab. 

Jurucakap Agensi Jenayah Kebangsaan berkata, suspek yang merupakan warga Austria itu didakwa melakukan pengubahan wang haram. 

“Suspek diberkas selepas Pasukan Kawalan Sempadan menemukan wang berkenaan ketika dia hendak menaiki pesawat  ke Turkiye. 

“Semua wang kertas itu telah dirampas. 

“Nasab dihadapkan ke Mahkamah Majistret Uxbridge pada Jumaat lepas ,” tambah agensi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI