JAKARTA – Penduduk wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia digemparkan dengan kelahiran seekor anak babi bermata satu dan berwajah seperti manusia, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Haiwan itu dilahirkan di daerah Bikomi Selatan dan merupakan salah satu daripada dua anak babi yang dilahirkan oleh seekor induk kelmarin.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @catchvox menunjukkan anak babi itu memiliki satu mata di bahagian tengah dahinya.
Selain mempunyai telinga pendek, bentuk mukanya juga kelihatan muncung.
Pemilik haiwan tersebut, Yohana Jawa berkata, seekor babi peliharaannya melahirkan anak selepas pukul 10 malam (waktu tempatan)
“Sebenarnya ada dua ekor. Anak babi pertama dilahirkan secara normal, manakala seekor lagi mempunyai kelainan genetik,” katanya. – AGENSI