fbpx

Jumlah murid mendaftar tahun satu meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh menyantuni murid-murid pada hari pertama persekolahan sesi 2025/2026 ketika tinjauan di SJKC Chung Tak, Simee di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Seramai 461,198 murid tahun satu mendaftar di seluruh negara bagi sesi persekolahan 2025/2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 14,116 orang berbanding 447,082 orang pada sesi persekolahan lalu.

Katanya, seramai 460,494 pelajar tingkatan satu pula menjadi sebahagian daripada 2,161,435 pelajar yang memulakan sesi akademik tahun ini.

“Sesi persekolahan 2025/2026 bagi Kumpulan A telah bermula semalam melibatkan beberapa negeri dan hari ini bagi Kumpulan B dengan jumlah keseluruhan seramai 5.14 juta orang.

“Bagi tahun ini, terdapat peningkatan murid yang mendaftar tahun satu berbanding tahun lalu seramai 461,198 orang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Tack di sini hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai cuaca panas ketika ini, beliau berkata, ibu bapa digalakkan untuk membekalkan air minuman yang mencukupi untuk keperluan anak-anak mereka.

Malah katanya, pihak sekolah juga akan memastikan bekalan air minuman mencukupi untuk murid-murid.

“Seperti tahun-tahun lepas, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil beberapa langkah keselamatan bagi keselesaan murid semasa cuaca panas. Terdapat garis panduan untuk diikuti pihak pengurusan dan pentadbir sekolah dalam menghadapi cuaca panas di mana tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut keadaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI