fbpx

‘Job scam’ antara fokus Kepengerusian ASEAN 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Isu sindiket penipuan kerja atau ‘job scam’ antara perkara yang turut difokuskan menerusi Kepengerusian ASEAN 2025.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, malah isu tersebut juga telah diangkat menerusi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi pada bulan lalu.

“Sebelum ini dibangkitkan Labuan Bajo dan Vientiane, Laos iaitu isu ini diangkat tahun ini.

“Baru-baru ini juga berlaku insiden yang mana Myanmar telah membebaskan hampir 320 warga asing terlibat dengan ‘job scam. Selepas selesai, semua mangsa akan dihantar ke negara masing-masing.

“Pokoknya, isu ‘job scam’ tidak akan sunyi sepanjang Kepengerusian ASEAN dan akan diangkat serta dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik dan lebih tuntas,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama antara negara anggota ASEAN juga akan ditingkatkan dalam membanteras sindiket tersebut yang berlaku di rantau ASEAN.

Mohamad Alamin berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) sama ada isu sindiket penipuan kerja atau ‘job scam’ turut menjadi tumpuan dalam Kepengerusian ASEAN 2025.

Media melaporkan, agenda kepengerusian Malaysia bermula dengan penganjuran Pemukiman Menteri Luar ASEAN yang pertama di Langkawi pada Januari lalu, diikuti dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China di Kuala Lumpur, serta Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM) di Pulau Pinang.

Acara lain yang berkaitan termasuk Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Johor, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Persidangan Pasca Menteri (AMM/PMC) di Kuala Lumpur, SOM ASEAN di Negeri Sembilan serta acara yang dinanti-nantikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI