fbpx

JIPS minta ketua polis negeri semak dakwaan dalam Edisi Siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Semua Ketua Polis Negeri diminta bertindak segera dengan menjalankan siasatan terhadap dakwaan salah laku warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didedahkan melalui media sosial termasuk akaun Telegram, Edisi Siasat.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, semakan juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca dakwaan tersebut disebarkan.

“Contohnya Ketua Polis Perak baharu sahaja lapor diri dan keluar isu di negeri ini, seharusnya beliau bertindak segera, lihat ada asas atau tidak dakwaan itu.

“Apabila sudah dikenal pasti tiada asas dakwaan berkenaan, kita buat pula semakan kenapa jadi begitu (timbulnya dakwaan tersebut),” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai trend aduan berkaitan salah laku warga PDRM yang dibuat menerusi media sosial berbanding disalurkan menerusi saluran rasmi PDRM.

Menurut beliau, dalam menyiasat sebarang isu membabitkan warga polis, beliau sendiri turun padang untuk mengesahkan dakwaan tersebut selain siasatan yang dilakukan oleh Bahagian Risikan dan Operasi JIPS.

Bagaimanapun katanya, tindakan lanjut sukar dijalankan ekoran dakwaan dibuat dalam saluran tersebut adalah lebih kepada surat terbuka dan tiada butiran mahupun maklumat tepat mengenai isu yang diketengahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI