fbpx

[VIDEO] Jenazah lima beranak rentung dituntut keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD KHAIRUDDIN kelihatan tenang ketika menuntut jenazah isteri dan empat anaknya di Unit Forensik Hospital Jasin, Melaka hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

JASIN – Jenazah lima sekeluarga yang rentung dalam kejadian kebakaran rumah sewa mereka di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini, minggu lalu dituntut keluarga hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, pihaknya telah menerima hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia Johor yang mengesahkan identiti lima mangsa berkenaan.

“Proses pemadanan DNA telah selesai diterima dan diserahkan kepada pihak forensik Hospital Jasin. Semua jenazah boleh dituntut oleh keluarga untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan dalam kebakaran kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Laila Fathinah Mustapa, 37 dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13; Izz Daffa Hafizuddin,7; Nur Dalilah Khadijah,6 dan Izz Danish Fathi empat tahun ditemui rentung selepas terperangkap akibat pintu berkunci.

Seorang lagi mangsa yang juga suami kepada Laila Fathinah, Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, terselamat selepas merangkak keluar sebelum diselamatkan orang ramai.

Terdahulu, ujian DNA terhadap kelima-lima jenazah itu terpaksa dilakukan berikutan keadaan mangsa yang rentung hampir 80 peratus.

Kesemua jenazah selesai dituntut sendiri oleh Muhammad Khairuddin kira-kira pukul 7.05 malam tadi.

Muhammad Khairuddin yang mengalami patah kaki akibat terlibat nahas jalan raya pada 30 Januari lalu kelihatan tenang melihat semua jenazah ahli keluarganya dibawa menaiki lima van jenazah berasingan.

Jenazah dibawa ke Masjid Baiturrahman Kampung Berangan Enam dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Haji Johari Bakar selepas solat Isyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI