fbpx

Hujan lebat di 7 negeri berlanjutan hingga 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook, memaklumkan di Perak, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Kata MetMalaysia, di Pahang amaran dikeluarkan bagi kawasan Raub, Bentong dan Temerloh serta beberapa daerah sekitar Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Di Negeri Sembilan, amaran yang sama dikeluarkan bagi daerah Jelebu, manakala bagi negeri Johor pula melibatkan Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” kata MetMalaysia.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat serta ribut petir bakal melanda negeri Sarawak meliputi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song) bagi tempoh yang sama.

Tambah MetMalaysia, beberapa bahagian negeri Sabah juga diramal cuaca buruk ketika ini sehingga malam nanti.

“Kawasan terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI