fbpx

Hampir 5 juta hektar Tanah Rizab Melayu, tidak termasuk Melaka, Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,955,870.89 hektar keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung sehingga 30 Jun 2024, berdasarkan maklumat daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, jumlah keluasan TRM itu tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.

“Keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2,533,150.89 hektar atau 104.55 peratus pada tahun 2024.

“Berbanding data terawal keluasan TRM yang direkodkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian pada tahun 1947 iaitu seluas 2,422,720 hektar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, perkara berhubung TRM adalah di bawah bidang kuasa negeri, namun isu-isu berkaitan tanah rizab tersebut sentiasa dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) diwujudkan di peringkat Persekutuan.

“Selaras dengan keputusan MTN yang ke-69, kementerian ini berperanan sebagai penyelaras untuk pengumpulan data Tanah Rizab Melayu.

“Beberapa siri Sesi Libat Urus bersama-sama dengan Pentadbiran Tanah Negeri dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia diadakan bagi mendapatkan data Tanah Rizab Melayu yang tepat.

“Data ini kemudian digunakan oleh kementerian dalam mewujudkan satu sistem pangkalan data spatial TRM berpusat untuk rujukan bagi pembangunan akan datang,” katanya.

Tiong Sii berkata demikian menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) berhubung tindakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Tanah Rizab Melayu tidak berkurangan serta mekanisme untuk mengatasi isu-isu berbangkit berkaitan perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI