fbpx

Dua emas sasaran MGA di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JING XUEN

SKUAD golf negara bersedia menghadapi cabaran sengit menjelang Sukan SEA 2025 terutama ancaman tuan rumah, Thailand yang dijangka menjadi pencabar utama dalam perebutan pingat emas.

Sewaktu edisi Kemboja 2023, Thailand menjuarai berpasukan lelaki dan wanita, manakala Malaysia hanya meraih pingat emas menerusi perseorangan wanita.

Setiausaha Kehormat Persatuan Golf Malaysia (MGA), Datuk Zulkifli Ismail berkata, pihaknya telah menyenaraikan barisan terbaik untuk membawa pulang sekurang-kurang sebutir pingat emas tidak terjejas.

“Kita mahu memberikan yang terbaik, terutama membawa pulang dua pingat emas. Namun, perlu sedar cabaran sebenar kerana Thailand memiliki barisan pemain terbaik dan pastinya mereka mahu menyapu bersih pingat dipertandingkan.

“Mereka mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri, jadi cabaran kali ini lebih besar berbanding edisi sebelum ini,” katanya.

Pada Sukan SEA Vietnam 2021, Malaysia meraih dua emas, satu perak dan satu gangsa, manakala edisi Kemboja 2023 menyaksikan skuad negara membawa pulang satu emas menerusi Ng Jing Xuen, satu perak dan dua gangsa.

Menurut Zulkifli, senarai panjang pemilihan pemain dibuat berdasarkan prestasi semasa termasuk pencapaian terkini memandangkan ramai dalam kalangan mereka sedang menyambung pengajian di luar negara.

“Kita sudah mula perancangan untuk ke Sukan SEA 2025 di Thailand. Senarai panjang pemain telah diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan perlu menghantar sekurang-kurangnya enam nama bagi kategori lelaki dan lima wanita.

“Kita hanya perlu empat pemain lelaki dan tiga wanita. Perlu faham, temasya ini akan bermula pada Disember nanti di Bangkok, dan bimbang ada mengalami kecederaan.

“Kebanyakan pemain kita berada di luar negara kerana mereka menyambung pelajaran di saja. Jadi, pemilihan tersebut berdasarkan prestasi semasa mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI