fbpx

‘Dah lama kita sumbat otak penonton dengan lawak bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karl Shafek memuji gandingan dua generasi iaitu Naz dan Sissy yang disifatkannya sangat 'classy'.

PETALING JAYA – Gandingan dua generasi iaitu Nazrudin Rahman dan Sissy Imann sebagai pengacara acara berprestij, Anugerah Juara lagu ke-39 (AJL39) malam tadi mendapat respons positif daripada orang ramai.

Pengacara yang juga pereka fesyen, Karl Shafek, 45, menyifatkan pemilihan kedua-dua hos itu merupakan pilihan tepat penganjur yang harus diberikan pujian.

“Pemilihan pengacara paling tepat untuk acara berprestij macam AJL.

“Dah lama kita sumbat otak penonton dengan lawak bodoh nak kenakan orang itu dan orang ini.

“AJL kali ini paling ‘best’ dari segi penyampaian dan informasi. Good job! Classy (berkualiti),” kata Karl menerusi Thread.

Malam tadi, Nazrudin dan Sissy dipertanggungjawabkan mengemudi AJL39 dengan cemerlang.

Ramai yang memuji kualiti dicernakan mereka melunaskan tanggungjawab masing-masing terutama Sissy yang pertama kali diberi peluang mengacara program sebesar AJL.

Tidak hanya bercakap kosong atas pentas, Sissy turut berkongsi ilmu muziknya sebagai seorang guru vokal profesional.

Sementara itu, Naz dipuji lancar mengacara tanpa sebarang gimik murahan atau sesi ‘bahan membahan’ yang menjadi kelaziman pengacara-pengacara terdahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI