fbpx

Bekas guru besar didakwa terlibat aktiviti ubah wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zalina (kanan) didakwa terlibat dalam tujuh pertuduhan AMLA di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas guru besar sebuah sekolah rendah di Marang dihadapkan atas tujuh pertuduhan melakukan pengubahan wang haram bernilai keseluruhan lebih RM28,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Zalina Bidin, 47, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan dua pertuduhan, dia didakwa melibatkan diri dalam transaksi aktiviti haram dengan memberikan arahan memindahkan wang berjumlah RM3,288 dan RM7,200 kepada akaun penerima.

Zalina didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Tertuduh juga menghadapi lima pertuduhan menerima hasil aktiviti haram berjumlah keseluruhan RM18,144.60 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mana lebih tinggi.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertertuduh antara Ogos hingga November 2022 di tiga buah bank berasingan di Kuala Terengganu.

Kosmo! 14 Januari lalu melaporkan Zalina turut dihadapkan atas 15 pertuduhan bersubahat mengemukakan dokumen palsu berkaitan tuntutan pembekalan makanan asrama dan kontrak pembersihan berjumlah keseluruhan RM500,318 di Mahkamah Sesyen sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI