fbpx

Bawa kereta laju-laju, kan dah terlajak masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUV Honda berwarna putih itu tersekat pada dinding konkrit sebuah rumah disewa oleh dua wanita. - Talk News Online

BANGKOK – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang lelaki warga China terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Kabin Buri, wilayah Prachin Buri, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku kelmarin sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan).

Polis berkata, sejurus tiba, pihaknya mendapati SUV Honda berwarna putih itu terperosok ke dalam dinding konkrit sebuah rumah disewa oleh dua wanita.

Kedua-dua penghuni itu mengalami kecederaan, manakala pemandu kereta cedera ringan.

Berdasarkan rakaman kamera keselamatan jalan raya, SUV itu dilihat dipandu dengan laju melintasi satu persimpangan sebelum merempuh rumah tersebut. 

Polis mengesyaki pemandu tersebut mungkin secara tidak sengaja menekan minyak dan bukannya brek apabila dia menyedari lampu merah di persimpangan.

Lelaki itu berdepan pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain yang membawa hukuman maksimum penjara sebulan, denda sehingga 10,000 baht (RM1,300) atau kedua-duanya sekali. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI