fbpx

Asyraf Wajdi sambung tugas Pengerusi Mara dua tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika menyerahkan surat lantikan Pengerusi Mara kepada Asyraf Wajdi hari ini. Foto Facebook Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diamanahkan untuk mengemudi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi tempoh dua tahun bermula 1 Mac depan.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini selepas menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Mara daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Menurut Asyraf Wajdi, Ahmad Zahid berpesan agar Mara terus diperkasakan demi memperjuangkan agenda pendidikan dan ekonomi orang Melayu serta Bumiputera.

Beliau turut menzahirkan komitmen untuk menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh amanah dan keikhlasan.

“insya-Allah tanggungjawab yang digalaskan ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah.

“Kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI