fbpx

‘Ada kes tatatertib tiada keputusan, pegawai pun dah pencen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mendedahkan, ada kes tatatertib melibatkan pegawai polis yang berlarutan sehingga enam atau tujuh tahun tanpa sebarang keputusan sebelum beliau mempengerusikan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Beliau berkata, pegawai polis tersebut telah pun bersara daripada pasukan dan sepanjang enam atau tujuh tahun tersebut, individu itu tidak boleh melalui kenaikan pangkat atau latihan.

“Sebelum saya masuk, ada kes enam, tujuh tahun tak ada keputusan. Pegawai polis dah pencen dah. Sepanjang dia tertakluk kepada kes tatatertib, dia tak boleh ikut kenaikan pangkat, latihan segalanya.

“Itu sudah satu hukuman enam, tujuh tahun. Bila saya masuk dan teliti perkara ini, saya fikir benda ini boleh diatasi segera,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanyakan berhubung kelompongan penyeliaan salah laku kepada anggota polis.

Saifuddin berkata, sejak beliau mempengerusikan SPP bermula 5 Disember lalu, sehingga kini tiada kes tatatertib melibatkan pegawai dan anggota polis yang tidak diselesaikan atau masih tertangguh.

“Setiap bulan saya akan pengerusikan mesyuarat SPP. Suruhanjaya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Selain bincang tentang pemangkuan pangkat, pengesahan pangkat, kami juga bincang tatatertib.

“Saya mewarisi timbunan kes tatatertib tidak selesai. Sejak saya masuk sampai sekarang kita tak ada kes tatatertib tidak selesai, tak ada lagi kes tertangguh.

“Kes ‘on going’ ada lah sebab siasatan Jabatan Integriti, dia kena ada angkat syor ikut perintah tetap Ketua Polis Negara. Maknanya sistem dan proses ada sekarang ini memadai untuk elak kelambatan dalam membuat sesuatu keputusan terhadap kes tatatertib,” katanya.

Beliau menjelaskan, masalah pegawai undang-undang yang tidak mencukupi telah diatasi bagi memastikan kes tatatertib melibatkan anggota dan pegawai polis dapat diselesaikan.

“Tak cukup pegawai undang-undang, jadi kita tambah di bahagian SPP. Akhirnya sekarang selesai, semua selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI