fbpx

702 pesawah Perak terima bantuan bencana RM813,081

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pesawah (dua dari kiri) yang menerima sumbangan bantuan bencana yang disampaikan oleh Mohd. Zolkafly (tengah) di Dewan Komuniti Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan banjir yang melanda pada musim lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan pesawah serta memastikan rantaian bekalan makanan negara terus stabil.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyampaikan bantuan di bawah Tabung Bencana Pertanian (TBP) kepada tiga penerima di Kerian dengan jumlah keseluruhan RM6,000.

“Kemarau yang melanda telah menjejaskan kawasan tanaman seluas 778.15 hektar di seluruh Perak, termasuk 470.93 hektar di daerah Kerian. Selain itu, 0.70 hektar kawasan tanaman lain turut terjejas akibat banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) di Dewan Komuniti Bagan Serai di sini hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhan, kerajaan negeri dan persekutuan telah meluluskan bantuan berjumlah RM812,081.28 di bawah TBTP kepada 702 pesawah yang terkesan.

“Bagi TBP pula, sejumlah RM1,411,842.10 telah diperuntukkan untuk membantu 110 petani dan penternak dalam sub sektor tanaman makanan, ternakan, dan akuakultur,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI