fbpx

[VIDEO] 6 lelaki didakwa merusuh sesama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan terlibat dalam rusuhan sesama sendiri sehingga mendatangkan kecederaan dalam kejadian di Batu Feringghi, pada Rabu lalu.

Seorang tertuduh iaitu, K.Arul Kevin Raj,19, yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Bagaimanapun, lima lagi tertuduh, D.Cheah, 24, M.Raagendra, 24, S. Saravanan, 27, Rahul, 23, dan M. Yuven, 29, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Di dalam rusuhan berkenaan, tiga daripada mereka iaitu Raagendra, Saravanan dan Yuven telah cedera.

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh secara bersama-sama telah terlibat dalam rusuhan sehingga mendatangkan kecederaan kepada Raagendra, Saravanan dan Yuven dengan menggunakan topi keledar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan parking kenderaan di sebuah cafe di Batu Feringghi, pada 12 Februari lalu, kira-kira pukul 1.32 pagi.

Majistret kemudian menetapkan setiap tertuduh dikenakan jaminan berjumlah RM3,500 dan menetapkan 19 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI