fbpx

244,799 murid dan pelajar mula bersekolah di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam dan Ahmad Zamri bersama pelajar SMK Felda Lurah Bilut sempena Program 1st Day At School Peringkat Negeri Pahang 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Lurah Bilut di Bentong hari ini.

BENTONG – Seramai 244,799 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Pahang memulakan sesi akademik 2025/2026 hari ini melibatkan 739 sekolah di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa berkata, daripada jumlah itu seramai 46,240 merupakan murid baharu melibatkan 24,740 murid tahun satu dan 21,500 pelajar tingkatan satu.

“Sejumlah 123,640 adalah murid sekolah rendah dan 74,919, pelajar sekolah menengah dan kesemua pelajar meneruskan sesi persekolahan di 739 sekolah seluruh negeri terdiri daripada 541 sekolah rendah dan 198 sekolah menengah.

“Pengoperasian semua sekolah hari ini berjalan lancar dengan kerjasama daripada seramai 23,392 guru dan 4,158 Anggota Kumpulan Perlaksana (AKP),”katanya pada sidang akhbar sempena Program 1st Day At School Peringkat Negeri Pahang 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Lurah Bilut di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI