BEIJING – Sebuah zoo di China menerima kecaman ramai selepas mempamerkan seekor keldai yang diwarnakan menyerupai kuda belang untuk menarik lebih ramai pengunjung, lapor akhbar Metro UK semalam.
Kejadian berlaku di Zoo Bandar Zibo, wilayah Shandong.
Rakaman video dimuat naik di platform Douyin menunjukkan bulu keldai itu dicat dengan warna hitam dan putih di seluruh badan serta muka.
Menurut pihak pengurusan zoo, haiwan itu terpaksa dicat menjadi kuda belang dalam usaha untuk meningkatkan bilangan pengunjung.
“Pewarna yang digunakan adalah tidak beracun dan tidak mendatangkan bahawa kepada keldai,” kata seorang jurucakap zoo tersebut.
Rakaman itu menjadi tular dengan rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak beretika.
“Ia bukan sahaja tidak adil kepada haiwan, malah pengunjung,” kata seorang netizen.
“Ini sangat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI