HAMPIR setahun berumah tangga, penyanyi Seberang Rizky Febian dan Mahalini Raharja kini menimang seorang anak perempuan semalam.
Teruja bergelar bapa, anak perempuan Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 27, yang dilahirkan semalam itu diberi nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian.
“Bismillahirahmanirrahim. Telah lahir buah hati kami Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian dengan selamat walafiat pada 15 Februari 2025.
“Selamat datang ‘little’ (anak kecil),” katanya dalam Instagram.
Tambah pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu, dia berharap anak perempuannya akan membesar menjadi seorang wanita solehah satu hari nanti.
“Semoga kelak menjadi anak yang berbakti, solehah dan memberikan keberkatan untuk ramai orang ya nak.
“Mohon doanya semuanya,” katanya lagi.
Menerusi perkongsian sama, Rizky turut memuat naik foto momen ketika dia menemani Mahalini dalam bilik pembedahan sepanjang tempoh melahirkan bayi sulung merekaZ
Pada Januari lalu, pasangan popular itu mengumumkan tentang kehamilan Mahalini yang ketika itu kandungan sudah memasuki tujuh bulan.
Rizky dan Mahalini mendirikan rumah tangga pada 5 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis di Hotel Raffles, Kuningan, Jakarta, Indonesia.
Mereka kemudian bernikah semula pada 27 Disember tahun lalu selepas perkahwinan didapati tidak memenuhi syarat rukun nikah mengikut hukum Islam. – KOSMO! ONLINE