fbpx

Wanita pukul anak hingga tersungkur dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes pukul anak sehingga cedera di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

ARAU – Seorang pekerja kantin yang direman kerana disyaki memukul anak perempuannya berusia lima tahun sehingga tersungkur dan terhantuk pada bucu bangku pada 9 Februari lalu dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, tahanan reman selama enam hari sejak 11 Februari lalu ke atas suspek berusia 38 tahun itu berakhir hari ini.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan ke atasnya diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perlis pada awal minggu ini dengan cadangan tuduh suspek di bawah seksyen yang sama.

Tambahnya, kedua-dua anak suspek kini di bawah jagaan waris iaitu datuk dan nenek di sebelah bapa kanak-kanak terbabit di Jerlun, Kedah.

“Pegawai penyiasat kes akan membuat permohonan perintah jagaan sementara kepada pihak mahkamah dalam masa terdekat untuk kanak-kanak dijaga oleh datuk dan neneknya sementara kes sedang berjalan,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan ibu kepada dua anak itu ditahan selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatannya memukul anak perempuan di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, di sini tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial.

Menerusi rakaman CCTV itu, dia dilihat memukul anaknya itu sehingga tersungkur dan terhantuk bucu bangku menyebabkan bahagian kening kanak-kanak terbabit luka.

Mangsa terpaksa menerima kira-kira empat jahitan akibat kecederaan dialami.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian selepas anaknya didakwa ‘hilang’ ketika dia mahu membeli barang di sebuah premis di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI