JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Jawa Timur disaman 500,000 rupiah (RM140) selepas memasang nombor pendaftaran kenderaan tidak senonoh pada sebuah kereta jenama BMW, lapor portal berita Merdeka.com semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok memaparkan wanita itu memandu BMW tersebut di sekitar bandar Malang dengan nombor pendaftaran ‘N 3 N*N’.
Suspek bernama RS, 22, mengubah suai nombor plat tersebut demi kandungan di laman sosial.
“Ini untuk kandungan di TikTok sahaja. Saya membeli nombor pendaftaran itu di online,” kata RS semasa memberi keterangan di Balai Polis Malang.
Dia turut memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
“Ia adalah palsu. Dia didenda sebanyak 500,000 rupiah kerana menggunakan nombor pendaftaran tidak senonoh,” tambah polis. – AGENSI