fbpx

[VIDEO] ‘Saya trauma…hilang kenderaan untuk ke tempat kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian gerai mercun terbakar sehingga menyebabkan kerosakan sebuah kereta di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Emosi saya kini tak stabil, trauma…saya hilang kenderaan untuk ulang-alik ke tempat kerja.”

Itu luahan salah seorang daripada lima pemilik kenderaan yang musnah selepas sebuah gerai mercun terbakar dalam satu kejadian di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, baru-baru ini.

Pemilik Proton Saga VVT berkenaan yang dikenali sebagai Nurul Hasnida, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 9.45 malam sejurus tiba di sebuah premis serbaneka.

“Ketika itu saya bersama seorang lagi kawan tak sampai lima minit masuk ke premis tu. Baru makan sesuap (makanan), tiba-tiba bunyi mercun terbakar dengan meriah depan mata.

“Saya tak sempat selamatkan kereta sebab kejadian berlaku terlalu pantas, cuma sempat ambil kerusi roda ibu sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Penolong pengurus di sebuah restoran di itu berkata, laporan polis dan tuntutan insurans sudah dibuat dan kini dia terpaksa meminjam motosikal adiknya untuk ke tempat kerja buat sementara waktu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai mercun dilaporkan terbakar dalam satu kejadian di Dataran Perniagaan Cheras.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.53 malam. – KOSMO! ONLINE

@ieydaasnieKejadian Yang tak mampu telan dan xpernah aku bayangkan… Doa kan urusan ku dipermudahkan… Allah Uji sebab syg😭😭

♬ original sound – ieyda Asnie

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI