PETALING JAYA – “Aku hairan macam mana orang sanggup beratur 15 jam untuk beli sebuah beg tangan, sedangkan aku tunggu budak yang buat burger ni 15 minit pun aku dah baran.”
Itu luahan seorang wanita yang ‘kagum’ dengan tahap kesabaran orang ramai yang sanggup beratur lama semata-mata ingin mendapatkan barang dihajati.
Perkongsian wanita itu di media sosial itu meraih perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya itu.
“Tak payah 15 minit, pelanggan aku suruh tunggu roti masak lima minit pun tak nak tunggu,” komen @-MsKhai.
“Masalahnya beratur nak beli beg tangan 15 jam sanggup. Kena ‘sidai’ dekat hospital sejam ja dah mengamuk,” kata @ibu rawi.
“Tadi aku beli lempeng kelapa tiga keping kena tunggu sampai 30 minit pun nak naik angin dah,” kongsi @Suhaila Zabidi Ila.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, acara jualan beg tangan jenama tempatan dianjurkan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur menjadi huru-hara apabila ramai pelanggan mendakwa tidak dibenarkan masuk biarpun telah beratur berjam-jam di situ.
Kekecohan dan suasana huru-hara itu berlaku semalam dan ia tular di media sosial, malah ramai pembeli berkongsi pengalaman mereka tidak dapat memasuki premis disebabkan terlalu ramai. – KOSMO! ONLINE
@ai.nyyy Apani Brik? 🙃🙃🙃 kitorang berbaris dari subuh tau, tahu tahu kena datang esok lagi 🙃 #fyp #brikmalaysia #brik #brïk ♬ original sound – ai.nyyy🫣