fbpx

[VIDEO] Doa Nabi Sulaiman penyelamat amuk gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ketika kejadian yang dikongsikan Lyin Aziz di media sosial.

PETALING JAYA – “Sekadar perkongsian, bila kita tengok sendiri kelebihan doa Nabi Sulaiman. Masya-Allah, melihat kebesaran al-Quran itu sendiri dan peringatan untuk kawan-kawan lain juga.”

Itu kenyataan seorang wanita yang sebelum itu panik apabila kenderaannya diserang gajah ketika melalui sebuah kawasan di Gerik, Perak baru-baru ini.

Bersama perkongsian video ketika kejadian di media sosial, Lyin aziz memaklumkan, ketika itu dia bersama beberapa teman berdepan detik cemas berkenaan apabila sebuah kereta lain di hadapan mereka menekan hon menyebabkan gajah itu mengamuk.

“Kesnya, kereta depan ada hon gajah ni dan dia mengamuk. Kami di belakang kena serang. Semua agak panik, Alhamdulillah Allah lindungi kami semua.

“Benar la, hasil doa Nabi Sulaiman. Bab lampu kereta, apa sangat la dibandingkan dengan keselamatan kawan-kawan dan diri sendiri,” katanya.

Perkongsian itu meraih pelbagai respons netizen yang memuji tindakan wanita itu yang sempat mengalunkan doa walaupun dalam keadaan panik.

“Sejuk hati dengar perempuan tu baca doa. Allah SWT sentiasa lindungi umatnya yang sentiasa mendoakannya,” komen @Esryharrzamaimy💜.

“Kalau aku dah basah seluar,” kata seorang lagi pengguna.

“Kalau lalu kawasan tu amalkan doa Nabi Sulaiman, insya-Allah,” ujar @shidieeee88. – KOSMO! ONLINE

@lyinazizpengalaman ngeri pagi tadi, bila nak balik ke kedah, diserang oleh gajah liar di gerik.. semua perempuan dlm krta, semua agak panic Dan tak duga. allahmdullah Allah nelindungi kami smua.. ya benar la.. hasil doa nabi sulaiman.. Allah nelindungi kmi, bab lampu kereta, apa laa sangat, bndingkan dengan keselamatan kawan2 Dan diri sendiri dalam kereta.. nasib gerak hati drive sendiri selepas titiwangsa, sbb kwan2 dah Mula panic attack x mmpu buat apa2.. allahmdullah.. Kes kereta depan ada hon gajah ni.. dan dia mengamuk, kami di bhgian belkng kereta tersebut kena serang🥲

♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI