fbpx

Tunggakan caruman: Petra News diarah selesai isu segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika ditemui pemberita selepas menziarahi anak Allahyarham Muhammad Basir di kediaman mereka di Seri Kembangan hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

SERDANG – Satu mesyuarat dalaman antara kakitangan Petra News Sdn Bhd (Petra News) dan pihak pengurusan syarikat akan diadakan minggu depan bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji serta pemotongan wajib yang belum disalurkan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya sedang memantau isu tersebut dan telah mengarahkan pemilik syarikat untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan kadar segera.

“Saya telah meminta supaya satu pertemuan diadakan antara semua pihak yang terlibat. Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak akan bertemu dalam satu atau dua hari lagi.

“Inilah yang sedang saya usahakan kerana saya mahu perkara ini diselesaikan segera memandangkan ia telah berlarutan terlalu lama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga bekas wartawan Kumpulan Utusan, Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan, seramai 15 petugas Petra News, penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tahun lepas.

Menerusi kenyataan bersama, mereka memaklumkan hasil semakan dengan KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perkeso mendapati Petra News gagal menyerahkan bayaran bagi pihak pekerja dan majikan kepada pihak berkuasa berkaitan, walaupun pemotongan gaji telah dibuat untuk caruman berkanun.

Susulan perkara itu, petugas terjejas telah membuat laporan di Balai Polis Travers, Brickfields kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI