fbpx

‘Syafiq saya punya dah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIMI memberitahu hal tersebut dalam siaran langsung TikTok malam tadi.

PETALING JAYA – Pelakon Mimi Lana meminta peminat wanita suaminya yang juga aktor Syafiq Kyle tidak terus berasa kecewa atas perkahwinan mereka.

Cuba menenangkan hati ramai wanita, Mimi atau nama penuhnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, menyarankan netizen agar ‘mengejar’ adik iparnya iaitu Syazwan Razak.

“Kalian jangan patah hati, ada lagi seorang seperti Syafiq Kyle iaitu Syazwan Razak.

“Syafiq sudah saya punya,” katanya dalam siaran langsung TikTok semalam.

Mimi berkata demikian selepas ramai peminat wanita yang memberi emoji bentuk patah hati dalam ruangan komen.

Dalam siaran langsung sama, Mimi juga memberitahu salah satu sebab dia dan Syafiq mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga ialah mahu menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan bersama pada tahun ini.

“Sebenarnya saya dah Syafiq ambil keputusan nak kahwin ini pun sebab mahu puasa bersama,” ujarnya.

Menerusi siaran langsung sama, pasangan pelakon filem The Experts itu turut meminta pandangan netizen mengenai aktiviti yang boleh dilakukan atau lokasi untuk dikunjungi selepas berkahwin.

Terdahulu, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup kelmarin.

Majlis tersebut diadakan di negeri kelahiran Mimi iaitu Taiping, Perak yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI