fbpx

Semangat AJL, Hael hadiahkan Nadeera beg mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAEL bermurah hati menghadiahkan Nadeera beg tangan mahal dari Itali.

MERAIH perhatian ramai ketika menghadiri acara pelancaran koleksi terkini pelbagai rumah fesyen di Milan, Itali baru-baru ini, Hael Husaini nyata seorang yang berjiwa pemurah.

Buktinya, penyanyi dan komposer itu membawa pulang ole-ole yang bukan murah harganya untuk teman terdekat.

Antara individu bertuah itu adalah penyanyi Nadeera yang terkejut apabila Hael menghulurkan bungkusan istimewa kepadanya.

Dalam video pendek itu, pelantun lagu Bukan Lagi Kita kelihatan teruja, namun pada masa sama takut kena ‘prank’ dengan sahabatnya itu.

Wajahnya sebak sebaik mendapti isi bungkusan tersebut beg silang jenama terkemuka Itali.

Apa pun bukan harga jadi ukuran, sebaliknya ingatan Hael kepada penyanyi yang sama-sama ke Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), esok itu buat peminat kagum.

Diva: Ada peminat sangka Hael Husaini bintang K-drama. Yang tidak-tidak saja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI