PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di enam negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, antara negeri terlibat adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
“Antara negeri terlibat adalah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan Putrajaya.
“Selain itu adalah Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Batu Pahat),” kata kenyataan itu.
Turut dijangka menerima cuaca buruk sama adalah Sarawak dan Sabah.
“Di Sarawak kawasan yang dijangka hujan adalah Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Sementara di Sabah adalah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Labuan,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE