fbpx

Sekarang bukan fasa ‘bulan madu’ – Joehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Mohd Joehari Mohd Ayub (kanan) mahu memastikan FAM ditadbir dengan lebih baik bagi memastikan misi utama untuk tingkatkan mutu bola sepak negara dapat direalisasikan. - FAM

PETALING JAYA – Mengambil kira tuntutan semasa industri bola sepak masa kini, tiada lagi fasa ‘bulan madu’ buat seluruh pucuk pimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kecuali memenuhi segala tuntutan penting untuk memajukan sukan itu.

Presiden FAM, Datuk Joehari Mohd. Ayub menegaskan setiap individu dipilih harus melunaskan tanggungjawab wajib bagi memastikan tiada lagi permasalahan timbul sekali gus seiring dengan revolusi dilakukan terhadap pasukan kebangsaan.

Mengambil kira pengalamannya dalam badan induk itu, Joehari yang pernah menggalas tanggungjawab selaku naib presiden, akan memantau secara lebih terperinci setiap gerak kerja bakal dilakukan setiap individu mengetuai jawatankuasa dalaman FAM.

“Sudah tentu ada KPI (petunjuk prestasi utama), kita perhalusi bagi mereka buat yang terbaik untuk FAM,” katanya dalam sidang akhbar sejurus tamat Kongres Pemilihan FAM kali ke-61 bagi penggal 2025-2029 kelmarin.

Antara perkara sering mendapat kritikan di kalangan peminat sebelum ini pastinya menjurus kepada isu pengadilan yang didakwa tidak menepati tuntutan semasa bola sepak.

Dalam perkembangan lain, Joehari tidak bercadang untuk melakukan perubahan kepada pihak sekretariat badan induk itu, namun menberi bayangan akan cuba memanfaatkan kelebihan pucuk pimpinan kali ini yang turut dianggotai bekas pemain.

“Setakat ini berpuas hati (dengan sekreteriat) dan tidak nampak kepincangan. Bukan saja sekarang, sebelum ini saya juga naib presiden dan buat masa ini tidak ada masalah dengan sekretariat.

“Buat masa ini terlalu awal (menentukan kedudukan Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan). Kita adakan mesyuarat dulu, kita akan maklumkan nanti siapa dan apa jawatan yang akan dipegang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI