fbpx

Rumah di Jalan Perak musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menjalankan operasi pemadaman api di sebuah rumah di Jalan Perak, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sebuah rumah di Jalan Perak di sini hampir musnah dalam kebakaran awal pagi tadi dengan anggaran kemusnahan mencecah 90 peratus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.17 pagi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak serta bantuan dari BBP Lebuh Pantai terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai 18 anggota termasuk penyelia telah dikerahkan bersama tiga jentera bagi mengawal kebakaran.

“Kebakaran turut menyebabkan rumah bersebelahan mengalami kesan bahang api dengan kemusnahan dianggarkan lima peratus,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, api kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya dan kerja-kerja overhaul telah dijalankan sebelum lokasi diserahkan kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian kebakaran tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI