fbpx

Resort Pulau Petang, Tasik Kenyir terbiar dibaik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) meninjau Resort Pulau Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan membaik pulih Resort Pulau Petang yang sebelum ini uzur setelah terbiar sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Ketengah, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kos baik pulih resort berusia kira-kira 25 tahun itu akan menggunakan sebahagian peruntukan RM16 juta diluluskan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Saya terkilan Resort Pulau Petang yang dahulu meriah dengan kemasukan lebih 200 pengunjung seminggu dibiarkan begitu sahaja sewaktu Ketengah diterajui pengerusi terdahulu.

“Kita akan membaiki semula bagi memajukan semula resort ini seperti dahulu,” katanya ketika meninjau Resort Pulau Petang, Tasik Kenyir di sini hari ini.

Resort Pulau Petang di bawah seliaan Ketengah Niaga Sdn. Bhd. dan dilengkapi kemudahan 50 chalet, dua asrama dan dewan pernah menjadi pilihan untuk aktiviti berkumpulan melibatkan agensi kerajaan dan swasta.

Ahmad berkata, selain membetulkan semula struktur bangunan yang rosak, kerja-kerja baik pulih tersebut turut melibatkan pembekalan tenaga solar untuk resort terbabit.

Beliau berkata, pokok-pokok buah-buahan seperti durian Musang King juga akan ditanam di persekitaran Resort Pulau Petang bagi memberi nilai tambah kepada produk pelancongan itu.

“Selain itu, Ketengah juga akan membaiki sebahagian struktut trek Santuari Kelah Tasik Kenyir yang mengalami kerosakan sebelum ini.

“Ketengah yang bertanggungjawab mengendalikan Pulau Petang, Santuari Kelah dan Pulau Herba sentiasa komited untuk memajukan sektor pelancongan Tasik Kenyir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI