fbpx

‘Pulanglah Dania, esok dah mula sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORITA menunjukkan gambar anaknya, Nur Fakhira Dania dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam pada pukul 10 malam, 12 Februari lalu.

KLUANG – “Pulanglah nak, esok dah mula bersekolah, jangan ikutkan rasa hati.”

Demikian rayu Norita Kasmin, 47, buat anaknya, Nur Fakhira Dania Zahir, 14, yang tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira pukul 10 malam Selasa lalu.

Katanya, hasil daripada pemerhatian melalui satu ramakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati anak kelima enam beradik itu seperti telah mengatur rancangan pertemuan untuk keluar pada malam tersebut.

“Saya tidak tahu masa bila mereka membuat rancangan pertemuan itu kerana dia tidak mempunyai telefon bimbit dan hanya menggunakan telefon bimbit saya untuk membuat sebarang urusan.

“Malah sebelum kejadian tiada sebarang selisih faham atau pergaduhan bersama abang-abangnya dan dia keluar tanpa memaklumkan sesiapa pun yang ada di rumah malam itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Belimbing di sini hari ini.

Menurut Norita lagi, Nur Fakhira Dania yang juga satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya itu keluar menggunakan baju lengan panjang warna hitam, seluar jeans biru dan bertudung.

Ujarnya, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perdana itu tidak membawa sebarang pakaian tambahan serta duit poket untuk berbelanja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI