fbpx

Polis pakai kostum kapibara serbu sindiket dadah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai polis memakai kostum kapibara ketika melakukan serbuan di Lima, Peru. - Mail Online

LIMA – Polis Peru berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam satu serbuan dengan memakai kostum kapibara, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku di Lima pada 14 Februari lalu. 

Rakaman kamera badan (BWC) memaparkan seorang pegawai polis memakai kostum mirip haiwan itu sambil berjalan dengan santai di sebuah kawasan kejiranan. 

‘Haiwan gergasi’ itu memasuki sebuah rumah dan menangkap seorang lelaki sebelum menggeledah barang miliknya. 

“Kami menemui sejumlah kokain dan ganja yang disembunyikan di dalam beg,” kata pegawai polis, Kolonel Pedro Rojas. 

Kumpulan Escuadron Verde atau dikenali sebagai Skuad Hijau itu sering melakukan serbuan dengan memakai kostum unik. 

Antaranya adalah watak adiwira daripada filem terbitan Marvel seperti Spiderman, Captain Amerika, Thor dan lain-lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI