fbpx

Pengunjung boleh namakan lipas dengan nama ‘ex’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZOO Orientarium todz menawarkan pakej beri makan lipas kepada meerkat. - Foto CBS Dallas

WARSAW – Sebuah zoo di Poland menawarkan pengalaman kepada pengunjung untuk menamakan lipas dengan nama bekas kekasih mereka dan kemudian memberinya makan kepada meerkat, sejenis haiwan keluarga cerpelai, lapor akhbar Metro UK.

Zoo Orientarium todz juga menawarkan pakej ‘istimewa’ kepada  kekasih yang terpedaya.

Menyiarkan di laman webnya, zoo itu menyatakan: “14 Februari semakin hampir dan anda baru sahaja mengalami perpisahan? Jangan risau!

“Zoo Orientarium todz mempunyai cara unik untuk membantu anda melalui masa yang sukar ini.”

Pakej asas itu membolehkan pengunjung mengambil seekor lipas sebagai ‘serangga angkat’ dengan harga asas 50 zloty (RM56).

Pakej VIP  paling mahal menawarkan pengalaman membalas dendam tidak seperti yang lain.

Selepas mengambil dan menamakan lipas, pengunjung boleh memberi makan haiwan itu secara peribadi kepada meerkat di zoo pada harga  300 zloty (RM335).

Dana terkumpul pula akan digunakan untuk memulihkan  habitat semula jadi yang rosak dan menyokong spesies terancam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI