fbpx

Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bom tangan yang ditemui oleh seorang pemotong rumput berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, LPT 2, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pekerja kontraktor gementar menemui sebutir bom tangan di kawasan susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini hari ini.

Pemotong rumput itu menjumpai bom tangan bewarna hitam kelabu berkenaan pada pukul 12.50 tengah hari.

Bom tangan berkenaan kemudiannya berjaya dilupuskan pihak berkuasa lebih tiga jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, lelaki berkenaan ternampak objek mencurigakan yang kemudiannya disahkan bom tangan tersebut sewaktu
sedang memotong rumput di tepi lebuh raya terbabit.

“Lelaki itu kemudiannya menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan penemuan tersebut.

“Sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan bertindak menutup sementara laluan berhampiran bagi tujuan keselamatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, bom tangan tersebut kemudiannya berjaya dilupuskan oleh pasukan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada pukul 4 petang.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab meletakkan bom tangan tersebut di lokasi itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI