fbpx

Ops Hari Kekasih: 4 pasangan ditangkap JHEAINS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara empat pasangan “kekasih” yang ditangkap Jheains di sekitar hotel bajet di Nilai, di sini, sempena Ops Valentine’s Day. - IHSAN JHEAINS

SEREMBAN – Empat pasangan kekasih dicekup di sekitar hotel bajet di Nilai, di sini kelmarin dalam operasi dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sempena Ops Valentine’s Day.

Pengarah JHEAINS, Mohd. Asri Abdullah berkata, operasi bermula pukul 8 malam yang turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan itu membabitkan pemeriksaan di enam premis pusat urutan refleksologi dan 12 hotel bajet di Nilai.

“Hasil pemeriksaan seramai lapan individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an ditahan atas kesalahan berkaitan undang-undang syariah.

“Selain itu, Jabatan Imigresen turut menahan empat warga asing yang didapati tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Antara empat pasangan “kekasih” yang ditangkap Jheains di sekitar hotel bajet di Nilai, di sini, sempena Ops Valentine’s Day. – IHSAN JHEAINS

Menurut Mohd. Asri, semua individu yang ditahan dalam operasi berakhir pukul 2 pagi itu dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Katanya, operasi bersepadu berkenaan dijalankan dalam usaha membanteras aktiviti tidak bermoral sempena sambutan Hari Kekasih yang diraikan golongan belia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI