fbpx

OKU buta hidap SLE buka restoran burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Syakireen (lima kanan) bersama Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi (empat kanan) dan Presiden OKU Sentral, Datuk Dr. Ras Adiba Radzi ketika pembukaan restoran Burg & Go bangga di Seksyen 7 Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Status sebagai orang kurang upaya (OKU) dan menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE) bukan penghalang bagi seorang wanita untuk membuka sebuah restoran burger di Seksyen 7, di sini.

Kecekalan itu dibuktikan Siti Syakireen Mohamad Poad, 30, yang buta mata kirinya selepas didiagnosis dengan penyakit autoimun berkenaan pada Julai 2020.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia mengalami kemerosotan kesihatan seperti kerap demam, sakit sendi kulit menggelupas dan mata terlalu kering.

Siti Syakireen dan Abdul Azim bangga dengan pembukaan restoran mereka di Seksyen 7 Shah Alam. – Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Jelas Siti Syakireen, dunianya ibarat gelap seketika apabila disahkan doktor menghidap SLE kira-kira sebulan sebelum hari perkahwinannya dan turut menerima kad OKU cacat penglihatan.

“Biarpun menghidap penyakit kronik, suami dan keluarga menyuntik semangat saya untuk terus bangkit meneruskan kehidupan seperti manusia normal lain.

“Berbekalkan modal yang dikumpul lebih dua tahun menerusi perniagaan makanan dan pembersihan kecil-kecilan, saya bersyukur dapat membuka restoran komersial sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Restoran Burg&Go miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI