fbpx

Nurfakhira hilang, dilihat naik Myvi hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurfakhira Diana dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas dilihat menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hitam pukul 10 malam, 12 Februari lalu.

KLUANG – Seorang remaja perempuan dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta Perodua Myvi, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa dikenali sebagai Nurfakhira Dania Zahir, 14, beralamat di No 5, Lorong Satu Jalan Belimbing, Taman Lian Seng di sini.

Katanya, remaja itu mempunyai bentuk fizikal dengan ketinggian 154 sentimeter dan berkulit coklat.

Kali terakhir dilihat bertudung dan memakai baju T lengan lengan panjang warna hitam dan berseluar jeans biru.

“Remaja itu dikatakan dilarikan seseorang dengan menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam pada 12 Februari sekitar pukul 10 malam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Zarwatin Najar Yusoff menerusi talian 013- 677 1748 atau mana-mana balai polis berhampiran serta IPD Kluang 07-7784222 atau 07-7784256, hotline 07-7766822 dan tablet CC 014-365682,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pihak polis sedang giat melancarkan gerakan untuk mengesan kedudukan remaja itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI