fbpx

Neymar mahu kembali ke kelab lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR masih bergelut untuk membuktikan kemampuan bersama Santos apabila belum meledak sebarang gol selepas tiga aksi. - AFP

BARCELONA – Bekas pemain Barcelona, Neymar dikaitkan dengan kepulangan semula ke Camp Nou selepas meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Paris Saint-Germain pada 2017.

Pemain antarabangsa Brazil itu ketika ini beraksi bersama Santos selepas meninggalkan Al Hilal dan selepas beraksi tiga perlawanan, dia yang dilantik sebagai ketua pasukan gagal meledak gol atau mencipta umpanan jaringan bersama pasukan itu.

Menurut laporan, Neymar terdesak untuk membuktikan kemampuannya bersama Santos menerusi kontrak enam bulan yang ditandatangani supaya mampu mengekalkan tahap kecergasan dan impiannya untuk kembali beraksi bersama Barcelona tercapai.

Penggempur sensasi itu dikatakan mahu kembali ke Eropah dan yakin masih mampu beraksi pada tahap tertinggi dengan Barcelona menjadi satu-satunya impian karier yang mahu dilunaskan sebelum bersara.

Selain itu, Neymar juga percaya Barcelona adalah satu-satunya ‘pintu’ untuk membolehkan dia ke Piala Dunia 2026 bersama Brazil kerana percaya pasukan itu mampu mengembalikan reputasi dan prestasinya untuk berada pada tahap terbaik.

Barcelona yang berdepan masalah kewangan yang belum berkesudahan mungkin tidak berdepan masalah untuk menandatangani khidmat Neymar yang berstatus ejen bebas selepas musim ini berakhir.

Pemain itu sebelum ini sudah membuat 186 penampilan bersama The Catalans bermula 2013 hingga 2017 dan meledak 105 gol serta mencipta 76 umpanan jaringan bersama pasukan itu.

Neymar berjaya memenangi lapan trofi bersama Barcelona ketika membentuk trio sensasi bersama Lionel Messi dan Luis Suarez selain berjaya memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada 2015.

Bagaimanapun, sepanjang dua tahun lalu, dia telah terlepas 72 aksi ekoran masalah kecederaan, sekali gus menimbulkan keraguan sama ada dia masih mampu untuk beraksi di pentas Eropah yang cukup kompetitif. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI