fbpx

Netizen sudah boleh gembira – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANTAN Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin (tengah) mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya. - FAM

PETALING JAYA – Menghabiskan banyak masa bersama keluarga menjadi ‘destinasi’ seterusnya buat mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin selepas ini.

Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan sebagai ‘orang bola sepak’, beliau akan terus mengikuti rapat perkembangan bola sepak negara dan sedia berkongsi pandangan dengan pucuk pimpinan baharu badan induk berkenaan.

“Saya sudah lama tinggalkan keluarga, jadi rehat sikit dan nak bersama keluarga dulu. Namun, saya masih ada tanggungjawab dengan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia).

“Apa yang penting, saya akan terus memberi sokongan dan input kepada FAM. Saya nak terus menyokong dan beri pandangan, untuk kritik FAM pasti tidak akan dapat kerana saya akan terus sokong.

“Sudah tentu tidak akan dapat 100 peratus tetapi saya sudah cuba yang terbaik dan ada sebahagiannya perlu diteruskan. Ada banyak lagi untuk kita naik taraf dari pelbagai sudut,” katanya.

Dalam masa sama Hamidin menjelaskan tidak timbul perasaan ralat meninggalkan FAM kerana peluang juga wajar diberikan kepada individu lain untuk memimpin badan induk itu demi kebaikan bola sepak negara.

“Tidak mungkin sampai tua kita nak jadi (presiden), idea baharu pun kena masuk. Saya fikir orang yang nak saya berhenti sukalah sekarang. Kena berjiwa besar untuk beri peluang kepada orang lain kerana bola sepak bukan hak siapa-siapa.

“Nanti orang akan nilai, mungkin apa yang saya buat terbaik sebelum ini tidak dapat puaskan hati semua orang. Semua orang ada kekuatan dan kelemahan, nanti orang akan nilailah tetapi yang penting kena ikhlas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI