fbpx

Murid di Kelantan digalak pakai pelitup muka pada musim kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Lazim (kanan) bersalaman dengan murid semasa hadir pada Majlis Hari Pertama Persekolahan Bagi Sesi 2025/2026 di SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan murid dan pelajar sekolah agar memakai pelitup muka semasa musim kemarau yang baru peringkat awal melanda negeri ini.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurus Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JPN Kelantan, Mat Lazim Mohammad berkata,
pihaknya juga sudah dimaklumkan mengenai kit operasi semasa musim kemarau daripada Kementerian Kesihatan.

Katanya, pemakaian pelitup muka itu sebagai langkah awal untuk mengelak berlaku demam, batuk dan selsema.

“Pemakaian pelitup muka itu tidak wajib, tetapi ia digalakkan supaya mereka memakainya demi menjaga kesihatan diri dan mengikut kesesuaian semasa.

“Murid dan pelajar juga dinasihatkan supaya membawa minuman secukupnya sepanjang sesi persekolahan semasa musim kemarau ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hari Pertama Persekolahan Bagi Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mat Lazim memberitahu, JPN Kelantan akan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak sekolah dari semasa ke semasa mengenai cuaca berdasarkan Jabatan Meteorologi untuk dimaklumkan kepada ibu bapa.

Katanya, semua murid dan pelajar perlu melakukan aktiviti di bilik darjah untuk kondusif yang selesa selain aktiviti di padang akan dikurangkan semasa musim kemarau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI