KUANTAN – Hasrat Sri Pahang membaiki kedudukan carta Liga Super yang kini berada di tangga ke 11 mungkin tidak kesampaian.
Pandangan tersebut disuarakan oleh jurulatih, Fandi Ahmad selepas skuad Tok Gajah bakal bertandang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu bagi berdepan Sabah FC malam ini tanpa tonggak utama.
“Sergio Aguero masih belum boleh disenaraikan kerana menjalani penggantungan dua perlawanan selepas mengutip enam kad kuning, termasuk tidak beraksi ketika skuad itu tewas kepada Selangor FC 0-2, 8 Februari lalu.
“Syazwan Andik dan Ashar Al Aafiz Abdullah berdepan masalah kecederaan manakala Aleksandar Cvetkovic dibenarkan pulang ke Eropah bagi menyelesaikan urusan keluarga.” katanya.
Bagaimanapun, Fandi masih berharap untuk membawa pulang tiga mata di tempat lawan walaupun mengakui skuad tok gajah berdepan kesukaran kerana tanpa khidmat empat tonggak utama. – KOSMO! ONLINE