fbpx

Legoland Malaysia catat rekod MBOR cipta Ular Lego terpanjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CS Lim (dua dari kiri) menunjukkan angka 338 meter Ular Lego yang menerima pengiktirafan sebagai Ular Lego terpanjang di Malaysia daripada wakil MBOR, Megat Faris Hussein (kanan) di Legoland Malaysia, Iskandar Puteri semalam. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Legoland Malaysia Resort (Legoland) sekali lagi berjaya memecah rekod sendiri apabila berjaya mencipta replika Ular Lego sepanjang 338 meter.

Kejayaan itu sekali lagi mencatatkan sejarah sekali gus menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Ular Lego terpanjang di Malaysia.

Timbalan Presiden, Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, idea untuk membina replika Ular Lego itu hasil pasukannya sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Tahun Baharu Cina tahun ini adalah tahun ular mengikut kalendar lunar Cina, jadi kami sebagai taman tema terkemuka terpanggil untuk mencipta Ular Lego sekali lagi.

“Kali ini kami menghasilkan Ular Lego sepanjang 338 meter, memecah rekod pada tahun 2013 yang mana kita pernah cipta rekod sama tetapi ketika itu Ular Lego sepanjang 318 meter,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil pengiktirafan daripada pegawai MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah di Legoland Malaysia di sini semalam.

Mengulas lanjut Lim berkata, replika Ular Lego itu direka Merlin Magic Making (MMM) menggunakan lebih 1 juta lego mengambil masa kira-kira 400 jam untuk disiapkan.

Ujarnya, lebih manis seramai 5,000 kakitangan dan pengunjung yang dihargai terlibat dalam menghasilkan rekaan unik termasuk bentuk kepala, badan serta ekor menyerupai seekor ular gergasi.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini, terutamanya kerana ia dibina secara bersama sebagai satu komuniti.

Ular Lego ini melambangkan kreativiti, keterangkuman dan kerjasama, nilai yang sentiasa kami terapkan di Legoland Malaysia,”katanya.

Ular Lego akan dipamerkan di ruang legar utama Legoland Malaysia bermula Januari sehingga 4 Mac depan kepada tetamu taman tema itu untuk merakam kenangan manis apabila berkunjung ke Legoland Malaysia Resort. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI