fbpx

Kilang proses e-waste diserbu babitkan rampasan RM1.31 billion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrum (dua dari kiri) menunjukkan e-waste di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di Ipoh hari ini. - - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

SUNGAI SIPUT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berjaya membongkar kegiatan kilang memproses sisa buangan terjadual elektronik atau e-waste dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM1.31 bilion

Kegiatan itu berjaya dibongkar hasil intipan selama lebih sebulan termasuk menggunakan dron terhadap kilang yang terletak berdekatan kawasan industri kira-kira dua kilometer pendalaman dari jalan utama menghubungkan Ipoh dan Sungai Siput.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, hasil serbuan yang diadakan semalam, seramai 27 orang telah ditangkap iaitu dua orang warga tempatan, 10 warga Myanmar, 14 warga China dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang dipercayai anak kepada warga Myanmar.

“Satu daripada warga China itu merupakan penjaga makmal yang mungkin membuat kajian berhubung memproses sisa buangan,” katanya kepada pemberita semasa meninjau kilang tersebut di sini hari ini.

Dipercayai, kilang itu mengimport hasil sisa buangan terjadual e-waste daripada negara luar seperti Thailand, Oman dan Bolivia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI